1.0 PENDAHULUAN
Kebanyakan ahli sosiologi bersetuju dengan definisi umum yang menyatakan masalah sosial ialah keadaan sosial (seperti kemiskinan) ataupun satu corak tingkah laku (penyalahgunaan) yang boleh mendatangkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat dan menyebabkan berlakunya sesuatu perubahan.
Auguste Comte (1798-1857), seorang pengasas sosiologi menyatakan bahawa masyarakat diibaratkan seperti organisma hidup. Sama seperti otot, tisu, dan organ dalam tubuh manusia yang mengawal tubuh secara keseluruhan, masyarakat juga terdiri daripada komponen-komponen kecil yang menyumbang kepada keberlangsungan dan pemeliharaannya. Ini turut diakui oleh Parsons (1951) yang menyatakan bahawa masyarakat adalah sesuatu yang stabil, suatu sistem tersusun yang terdiri daripada pelbagai komponen yang menyumbang kepada kestabilannya secara keseluruhan. Komponen yang terdiri daripada keluarga, ekonomi, pendidikan dan kerajaan sangat penting dalam memastikan keperluan masyarakat sentiasa terbela. Setiap institusi juga menjalankan fungsi unik dalam menjaga kestabilan dan melahirkan individu mulia (Merton, 1968).
Ahli sosiologi berpendapat bahawa masalah sosial berlaku akibat daripada institusi sosial yang tidak berfungsi dengan sebaiknya untuk memenuhi keperluan masyarakat. Inilah yang dinamakan sebagai disfungsi. Disfungsi adalah akibat-akibat yang tidak diingini ataupun proses sosial yang berlaku dan memerlukan masyarakat berubah ataupun menanganinya (Merton, 1968). Sebagai contoh, pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan pelajar dapat memiliki pekerjaan, tetapi jika sekolah gagal mencapat matlamat sedemikian, maka pelajar akan mengalami masalah mencari pekerjaan, pengusaha pula perlu menghabiskan duit untuk tujuan latihan pekerjaan dan pengguna pula perlu mengeluarkan belanja yang besar . dalam erti kata lain, disfungsi dalam pendidikan akan memberi kesan kepada institusi sosial, terutamanya keluarga dan ekonomi.
Kami akan mengupas dengan lebih mendalam tentang isu peras ugut yang mengancam pelbagai komponen dalam masyarakat iaitu sekolah, masyarakat tempatan dan juga global. Kami juga akan menerangkan bagaimana isu yang dianggap remeh ini boleh menular dan mengancam nyawa manusia di seluruh dunia.
2.0 PERAS UGUT SEBAGAI ISU MORAL
2.1 ESEI SATU
Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Menurut ‘Dictionary of Education’, disiplin adalah peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman atau ganjaran. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1979), disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun, masalah disiplin adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pihak sekolah. Isu peras ugut bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah sahaja, malah menular kepada murid-murid sekolah rendah. Dalam satu kes yang dilaporkan, murid Tahun Satu cedera parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai kerana enggan memberikan mereka wang RM 10 (Utusan Malaysia, 2000).
Masalah peras ugut kian meruncing dewasa ini. Ia adalah salah satu komponen kecil daripada buli yang bermaksud tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologikal yang dilakukan berulang kali ke atas mangsa yang bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok (Noran Fauziah Yaakub, 2006). Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai kumpulan tersendiri yang disebut ‘gangster’. Kumpulan ini mengugut anak orang kaya ataupun pelajar yang menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini, mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika tidak mereka pasti mencederakan mangsa. Hal ini kebiasaannya dirujuk kepada pihak polis untuk diselesaikan.
Mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358 pelajar atau 9.82% daripada 1, 408, 672 pelajar sekolah menengah di seluruh negara terlibat dengan pelbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk yang mana 2, 578 kes melibatkan tingkah laku jenayah termasuk peras ugut. Walaupun perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan isu moral bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Tiada guna kita memekik-mekik slogan masyarakat progresif lagi berdisiplin sedangkan di sekolah dan di rumah jelas sekali kelonggarannya.
Isu peras ugut yang tidak ditangani dengan sempurna akan terus menular dan menjadi duri dalam daging bagi masyarakat. Gangsterisme adalah masalah paling sinonim yang dapat dikaitkan dengan peras ugut. Sekolah menjadi pusat aktiviti geng dan bukan lagi tempat untuk mendapatkan ilmu disebabkan pengambilan ahli-ahli baru untuk lebih mengukuhkan kumpulan mereka. Trump (1993) mengatakan kehadiran geng ini akan menyebabkan pelajar dua kali ganda lebih takut menjadi mangsa keganasan berbanding dengan pelajar di sekolah yang tidak mempunyai geng.
Gangsterisme adalah tingkah laku yang melanggar norma dan batasan undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh sosial. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berkemampuan untuk mewujudkan geng ataupun persatuan. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher (1961) juga mendefinisikan geng sebagai satu persatuan yang mempunyai cirri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan ‘gangster’ adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian (perkumpulan samseng).
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2008, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan. Faktor yang menyumbang kepada tercetusnya gejala ini dan menjadi trend di seluruh dunia masih samar. Beberapa faktor seperti media, rakan sebaya dan keadaan setempat turut diutarakan. Walau bagaimanapun, Bodinger-de-Uriarte (1993) mendapati faktor mendapatkan kuasa dan status merupakan penyebab utama para remaja menyertai gangster jalanan di Amerika Syarikat.
Dalam peringkat global, gangsterisme yang tidak dikawal akan mencetuskan keganasan dan peperangan. Apa yang dapat kita lihat adalah keganasan merupakan salah satu komponen masalah sosial yang terdiri daripada tingkah laku jenayah dan keganasan domestik yang berlaku akibat gangsterisme dalam masyarakat. Peperangan pula merupakan satu bentuk keganasan kolektif yang melibatkan keganasan secara tersusun oleh mereka yang ingin melaungkan keinginan dan menolak polisi dan amalan sosial yang dirasakan menekan (Sullivan, 1997).
Kebanyakan individu akan melihat peperangan sebagai konflik bersenjata antara duan buah negara atau dua pihak dalam sesebuah negara. Walau bagaimanapun, para ahli sosiologi mendefinisikan peperangan dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya yang melibatkan perang yang diisytiharkan antara negara dan parti malahan juga peperangan yang tidak diisytiharkan seperti perang am, perang gerila, operasi tertutup dan sebahagian bentuk keganasan (Wright, 1964). Peperangan adalah satu keadaan yang mengakibatkan keganasan iaitu tingkahlaku dengan niat mendatangkan kesakitan, kecederaan fizikal dan tekanan psikologi kepada manusia atau merosakkan harta benda (Sullivan, 1997).
Kesan peperangan yang dapat dilihat secara langsung ialah kehilangan nyawa dan meninggalkan kesan fizikal dan psikologi yang serius kepada mereka yang masih hidup. Sebagai contoh, dalam Perang Bosnia yang melibatkan pertumpahan darah antara puak Serb dan Muslim, pihak Serb telah membunuh hampir kesemua penduduk lelaki di Srebrenica ketika mereka mengambil alih kawasan tersebut pada Julai 1995. 30, 000 penduduk yang masih hidup yang majoritinya kaum wanita dan kanak-kanak terpaksa tinggal di kem-kem pelarian.
Trend ke arah lebih banyak kehilangan jiwa penduduk awam yang bermula ketika Perang Dunia Kedua telah berterusan ke beberapa perang yang lain termasuk Perang Vietnam dan Perang Teluk (Ehrenreich, 1997). Hospital yang dibom pula tidak dapat lagi digunakan untuk merawat pesakit dan ini menambahkan lagi bilangan kematian.
Dalam konteks keganasan kolektif, terrorisme mempunyai beberapa persamaan dengan peperangan. Kedua-duanya membawa ancaman kepada kestabilan dunia dan keselamatan domestik. Menurut Vetter dan Perlstein (1991), pengganas banyak menggunakan taktik seperti pengeboman, penculikan, menahan tebusan, rampasan kapal terbang, pembunuhan dan penyeksaan. Ini tiada bezanya dengan peras ugut dan gangsterisme yang melanda negara ini melainkan ianya dilakukan di peringkat global dan mendatangkan akibat yang lebih buruk.
Ahli psikologi sosial kontemporari secara umumnya percaya bahawa faktor individu dan persekitaran boleh menjelaskan mengapa individu pergi berperang atau melakukan keganasan. Manusia lebih cenderung untuk bersikap ganas apabila mereka diletakkan di posisi yang mempunyai kuasa dan hak yang lebih besar berbanding orang lain (Milgram, 1974).
Untuk mengatasi masalah ini, adalah lebih baik jika kita mula mencegahnya daripada akar umbi, iaitu sebelum berlakunya peras ugut terutamanya di peringkat sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah sosial adalah penting. Ibu bapa perlu menyedari bahawa pendidikan anak-anak bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang disediakan oleh para penjagalah yang menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang kepada anak-anak.
Kawalan ketat ke atas anak-anak dapat menghindarkan mereka daripada terjebah ke kancah sosial. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam persekolahan anak-anak membolehkan mereka mengesan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mewujudkan suasana yang stabil di rumah supaya anak-anak tidak terganggu dari segi emosi. Keadaan kucar kacir dan penceraian pasti meninggalkan kesan mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982).
Penekanan kepada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa. Jika ibu bapa tidak berkesempatan mengajar asas-asas agama kepada anak-anak, wajar bagi mereka untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas fardhu ain. Sekiranya ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen untuk berjaya dalam peperiksaan, mengapa pula anak-anak tidak dihantar ke kelas-kelas agama untuk menjalani kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat?
Menyentuh peranan guru, guru adalah golongan yang paling hampir dengan murid selepas ibu bapa. Malah dalam Islam, orang kedua yang perlu dihormati selepas ibu bapa ialah guru. Sikap guru yang penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin, malahan meningkatkan tahap akademik murid.
Guru Besar pula harus memastikan hukuman yang dikenakan mestilah bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Murid-murid harus disedarkan bahawa hukuman dikenakan kepada kesalahan, bukannya kepada mereka. Guru dan Guru Besar haruslah sentiasa bertindak dalam pasukan dan tidak ‘menikam belakang’ dalam melaksanakan tugas.
Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu bentuk kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah sosial. Namun begitu, peranan yang dimainkan PIBG sering dipertikaikan. Hal ini kerana kurangnya penglibatan ibu bapa dan minat disebabkan urusan lain. Keadaan ini dapat diperbaiki jika semua pihak tidak mementingkan diri dan memberi perhatian dan kerjasama dalam membentuk murid berakhlak mulia.
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa mengemas kini pekeliling dan petunjuk tertentu dalam menangani masalah moral di sekolah. Pihak polis dan Jabatan Kebajikan juga berperanan dalam menempatkan pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi masalah disiplin, belia dan pelajar.
Kerajaan juga perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan di media massa dan elektronik juga harus dikawal dengan sebaiknya oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam.
3.0 KESAN ELEMEN YANG MENCABAR PENGHAYATAN NILAI MURNI DI SEKOLAH
Ramai yang lebih suka menunding jari kepada murid setiap kali mereka terlibat dengan gejala sosial yang memudaratkan masyarakat. Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang bersedia untuk menilai kelemahan diri sendiri yang turut menjadi punca kepada keruntuhan moral remaja dan kanak-kanak tersebut? Sama ada mahu diakui atau tidak, terdapat banyak elemen yang menjadi cabaran kepada penghayatan nilai murni di sekolah. Antaranya ialah kegagalan fungsi keluarga.
Kemampuan dan sikap negatif pada pelajaran di kalangan ibu bapa menjadi faktor pertambahan kepada keadaan tatatertib yang tidak baik. Ini disebabkan kanak-kanak yang datang daripada keluarga dan persekitaran yang miskin tidak mempunyai kawalan keluarga yang teratur. Bagi segelintir keluarga yang mewah pula, mereka membantah keras langkah kementerian mengetatkan disiplin murid dan ini sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin murid (Utusan Malaysia, 1987)
Dalam beberapa keadaan, ada juga guru yang tidak mengambil peduli tentang tingkah laku pelajar. Label guru pada golongan murid tertentu turut mempengaruhi layanan mereka kepada murid-murid bermasalah. Cara guru yang sedemikian rupa memberi kesan negatif dan melahirkan perasaan bahawa mereka tidak dilayan secara adil. Seterusnya, ia turut menimbulkan kebencian murid kepada guru.
Di kebanyakan sekolah di Malaysia, murid-murid dibahagikan kepada kelas-kelas tertentu mengikut pencapaian pada akhir tahun pengajian mereka. Psikologi seseorang guru apabila mengajar di kelas-kelas terbaik, mereka berasa lapang hati. Sementara guru yang mengajar di kelas tercorot pula berasa bosan dengan gelagat murid yang kurang sopan dan lemah dalam pelajaran. Keadaan ini menyebabkan hubungan yang kurang mesra antara guru dan murid dan kurangnya rasa hormat terhadap guru itu sendiri.
Murid juga mendapat pendedahan keterlaluan daripada media cetak dan media elektronik. Pada era siber ini, murid mudah mendapat pengaruh yang tidak sihat melalui internet, televisyen, video dan lain-lain. Ketidakterbatasan pendedahan ini mempengaruhi tingkah laku murid itu sehari hari. Golongan pelajar adalah golongan yang mudah terdedah dan mereka menurut apa yang dilihat dan ditonton melalui media itu. Mereka cuba mempraktikkan seperti apa yang mereka lihat.
Rakan sebaya mempunyai nila-nilai yang tersendiri. Rakan sebaya di sekolah sememangnya dapat mempengaruhi disiplin murid. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap murid berkenaan. Cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial dan jenis permainan turut membentuk konsep diri murid. Walau bagaimanapun, jika kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat nakal, maka murid tersebut pasti terpengaruh untuk menjalankan aktiviti tidak sihat.
Aspirasi, harapan dan nilai sesebuah masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu. Masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni sudah tidak menjadi keutamaan. Dengan itu, kanak-kanak membesar menjadi individu dan murid yang sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri dan mencederakan guru. Hal ini juga selaras dengan pendapat Zainal Abidin Ahmad (1993) bahawa masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab sama ada secara sengaja atau tidak, menyediakan suasana dan persekitaran dalam pembentukan sahsiah pelajar yang tidak sihat. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat yang rendah menghalang nilai murni dipraktikkan di sekolah.
Faktor agama adalah aspek terpenting dalam membentuk sahsiah manusia. Tanpa pegangan agama yang kukuh, maka sukar untuk para remaja membentuk akhlak mulia dalam diri mereka. Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) beranggapan punca sebenar kurangnya penghayatan nilai mora terutamanya dalam kalangan pelajar Muslim adalah disebabkan kurangnya didikan agama yang dberikan kepada mereka (Utusan Malaysia, 2000)
Selain itu, elemen yang mencabar penghayatan nilai murni di sekolah adalah dasar pendidikan itu sendiri. Situasi pembelajaran hari ini yang lebih mementingkan peperiksaan memberi ruang yang begitu sempit bagi penerapan nilai kemanusiaan. Para pelajar didesak untuk menguasai akademik semaksimum mungkin tetapi seolah olah tidak terfikir tanpa imbangan akhlak yang mulia, mereka pasti rosak. Kognitif yang tinggi tanpa iringan efektif yang terpuji hanya menimbulkan krisis keruntuhan akhlak.
Selain itu, pihak sekolah yang kurang bekerjasama dengan agensi penguatkuasa turut menyumbang kepada sukarnya menyuburkan amalan murni dalam kalangan murid di sekolah. Seharusnya, langkah memperkenalkan kuasa polis tambahan atau ‘auxiliary police power’ (AP) yang dahulunya hanya diperkenalkan di sekolah yang berisiko tinggi, perlu diperluaskan di semua sekolah di seluruh negara. Melalui konsep ini, guru disiplin berhak menyoal siasat pelajar yang disyaki tanpa memerlukan sebarang bukti. Jadi kerjasama erat dengan pihak polis dapat dijalankan. Malangnya, langkah ini seolah-olah dipandang remeh oleh sesetengah pihak lantaran kurangnya kesedaran dan rasa malu jika ianya akan memburukkan nama sekolah.
Bimbingan dan kaunseling adalah antara kaedah yang efektif untuk meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni di sekolah. Walau bagaimanapun, fungsinya yang kadangkala menyimpang daripada tujuan sebenar penubuhannya di sekolah menyebabkan murid hilang rasa percaya untuk berurusan dengan mereka yang terlibat dalam proses ini. Kadangkala, murid berasa tidak selamat untuk berbincang mengenai isu moral yang mereka lakukan keranan kaunselor tidak menepati janji atau etika mereka untuk tidak menceritakan perihal tersebut kepada orang lain, terutamanya rakan sebaya. Apabila hal ini berlaku, pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk menangani masalah yang sedia ada di samping membentuk nilai-nilai yang murni dalam kalangan murid.
Selain itu, faktor diri sendiri juga menyumbang kepada kurangnya penghayatan nilai murni di sekolah. Murid sekolah akan mengalami satu fasa perubahan ke alam remaja. Ini kadangkala akan menyebabkan mereka dilabelkan sebagai ‘moodiness’. Sekiranya mereka gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa kepada masalah lain seperti delinkuensi. Menurut penterjemah buku Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah, Yaakub (1991), sebab utama berlakunya delinkuensi ialah kekecewaan. Sikap dalam diri sperti cemburu,dengki, khianat dan dendam menjadi faktor kepada masalah yang mereka lakukan. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial.
4.0 PENUTUP
Murid-murid yang dididik pada hari ini merupakan penyambung warisan negara. Mereka inilah yang akan mencorakkan generasi depan. Jika permasalah sosial tidak ditangani dari peringkat akar, sudah pasti ianya adalah kurang efektif untuk membanterasnya apabila ia berkembang menjadi masalah sosial di peringkat tempatan dan seterusnya terus menular ke peringkat global. Mencegah sememangnya lebih berkesan daripada mengubati kerana masalah yang timbul adalah lebih minima. Remaja pada hari ini juga berhadapan dengan dugaan yang lebih hebat akibat daripada proses modenisasi dan globalisasi yang tidak bersempadan. Oleh itu, keluarga, sekolah, komuniti, pemimpin, kerajaan dan badan-badan berwajib perlulah sentiasa berganding bahu dalam menjalankan usaha yang lebih agresif untuk membentuk sahsiah pelajar daripada terjerumus ke kancah sosial yang boleh memusnahkan masa depan negara.

BIBLIOGRAFI
Buku
Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Noor Azilawati Mohd Sabda. (2008). Pembentukan Nilai Moral di Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas.
Mohd Syahrul Hanafi. (2008). Punk, Hubungan Bebas dan Dadah. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas.
Nasrulnizamwati Mohamed. (2008). Keganasan dan Pengaruh Persekitaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas.
Syed Othman Alhabshi & Syed Omar Syed Agil. (1994). The Role and Influence of Religion in Society. Kuala Lumpur: Institute of Islamic and Understanding Malaysia (IKIM).
Kendall, D. (2000). Social Problems in a Diverse Society. Massachusetts: Allyn & Bacon.
Jurnal
Fatimah Ali. (2007). Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya dengan Kemerosotan Pembelajaran. Jurnal Usuluddin, 25, 145-154. Diakses pada 25 Julai 2012 di http://myais.fsktm.um.edu.my/7066/1/09_Fatimah.pdf
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Remaja Terlibat dalam Masalah Sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counselling, 1, 115-140. Diakses pada 25 Julai 2012 di http://myais.fsktm.um.edu.my/7066/1/09_Fatimah.pdf
Internet
http://www.scribd.com/doc/55095726/Karangan-BM
Diakses pada 25 Julai 2012
http://cikguyatieishere.blogspot.com/2009/08/gengsterisme-di-malaysia.html
Diakses pada 25 Julai 2012
http://www.pkpim.org.my/2012/05/15/gejala-gangsterisme-dalam-kalangan-pemuda-salah-laku-secara-berpersatuan/
Diakses pada 25 Julai 2012
http://www.scribd.com/doc/97679729/Elemen-Mencabar-Nilai-Murni-Di-Sekolah
Diakses pada 25 Julai 2012
http://youngsmkbg.blogspot.com/2008/05/pembudayaan-budi-bahasa-dan-nilai-murni.html
Diakses pada 25 Julai 2012
.